Sunday, April 25, 2010

college life 101: my story

salam. hi! hahaha. lama gila tak tulis tapi bila dah start tak boleh nak berhentilah pula. ok, tema entry kali ini adalah 'anger/stress release'. :)

ok, sejak masuk college ada beberapa benda yang aku SANGAT benci. like, EXTREMELY!
urgh, memanglah sepatutnya tak boleh expect perfection, but come on. that bad? sheesh.
now, the list begins;

1. aku tak berapa gemar dengan dua orang housmate aku.
why? mereka sangat selekeh & not hygienic. aku tau aku pun selekeh gak kadang-kadang but seriously, mereka lagi extreme. imagine rumah korang macam meja faiq waktu SPM. sorry faiq, tu je analogi paling mudah. dahlah tu, diorang jenis yang suka bajet cool and 'in'. like god, kau nak cakap kat aku kau clubbing tapi aku ajak kau tengok movie late night pun tak pernah nak. alasan, dah lewat. dude, habis tu kau pergi clubbing kau tu lepas subuh or zuhur ke? sumpah budus. hahaha. bukan aku nak galakkan benda-benda tu but tolonglah, tak payah nak cuba kagumkan aku ni sebab walaupun korang duduk selangor and aku duduk jb, aku ternyata lagi tak jakun dengan kl ni. hahaha. cis, dahlah tu, menipu untuk bajet cool benda yang tak elok pulak tu. ok2. last point kenapa aku tak suka diorang. A ni rupa and otak cam budak umur 8 tahun. D ni melampau gila perempuan. (in fact, dia pernah nampak alya iman and dia tak habis-habis tanya kat aku pasal iman. siap mintak nombor lagi. OMG, sangat tak macho weyh. mintak nombor dari budak tu sendirilah. bangang.) hahaha. done.

2. aku tak suka kena bangun awal pagi
erm, korang semua tahukan yang aku kat tgb bangun agak lambat? hahaha. well, those days are over. sekarang ni aku bangun ultra-awal (considering ni aku). hahaha. pukul 6.00 camtu aku dah bangun. pfft. tak cam awal pulak. hahaha. oh well.

3. aku tak suka hari jumaat
kenapa? sebab aku kena gi sembahyang jumaatlah. hahaha. nope, just kidding. sebenarnya, setiap hari jumaat aku akan dapat kelas paling panas kat college aku tu C13. pfft. nasib baik jumaat, kalau tak, aku dah tibai pakai shorts/quarter je pegi class. hahaha.

4. aku tak dapat makan sedap
hahahaha. ni alasan paling bodohkan? yup, aku rindu masakan mak aku woo! hahaha. korang kat umah tu baik hargainya sebelum terlambat. hahaha. nanti kat college teman baik korang adalah mr. nescafe and mrs. maggi. nak jimatlah katakan. hahaha. tapi, xdelah sampai tahap tiap-tiap hari.

5. aku tak ada bff cam faiq lagi
waa! seriously, bila kat college nanti susah nak cari kawan yang sekepala dengan korang. like, seriously. hahaha. dulu kat tgb aku ada faiq. boleh buli, borak and buat luahan perasaan selalu. hahaha. sekarang, pfft. tapi, kalau korang dapat kawan yang SANGAT SANGAT SANGAT baik cam faiq, mesti tak teruk sangat. why? haha. aku ngan faiq bercakap tiap-tiap hari kat telefon kot. paling kurang pun dalam 15 minit. hahaha. pastu message ntah berapa banyak + dengan FB lagi. memang best! :)

6. tak ada BADAR
hahahahahaha. yang ini memang betul. tak ada imran nak tegur aku bila aku buat salah. hahaha. boleh sesat woo! hahaha. tapi, janji kau jaga solat and akhlak ok kot. yang penting, sebelum buat something, ingat impaknya :)

tujelah kot for the time being. nanti kalau ada apa-apa lagi yang aku benci aku update ya? hahaha. bye!

:)

No comments:

Post a Comment