Thursday, July 1, 2010

SEM 2 Bermula.

Salam.
Hi! Aku dah start 2nd Semester dah. Result 1st SEM aku agak hampeh. Chemistry aku dapat C! Haha.
Nasib baik satu sahaja C. Aku dapat bayangkan Cikgu Hajah marah. Haha.

Hurm, entah kenapa, aku teringat akan Benda bulat yang kita semua sign. Memori huh? Haha.
Anyways, good luck kepada mereka yang dah nak start belajar. Belajar elok-elok, kalau bosan, selaklah gambar-gambar 502 banyak-banyak. Aku buat macam tu bila aku teringat balik zaman sekolah. Haha.

BTW, minggu lepas aku pergi KMB, melawat Faiq. Yup, Abang Taff kita tu. Aku adalah bertembung dengan Lele, Ekin dll. Bestlah jugak. Haha. Aku rasa sekarang mesti semua orang dah start busy. Tapi, aku harap, janganlah busy sangat sampai terabai segalanya. Haha.

Hurm, hari ni aku nak cakap pasal TGB, how it has changed me. Ceh, ayat penuh emosi saja. Ishaq zaman MRSM BP aku rasa agak lain. Dulu aku nampak meriah/memekak tapi aku selalu shut myself out dari orang. Yes, aku berkawan dengan ramai orang, tapi, aku susah nak ekspresikan diri aku sebenarnya. Maksudnya, aku kawan dengan orang suam-suam kuku. Nampak macam rapat gila tapi banyak benda yang aku pendam dan tak katakan langsung. Waktu di BP, aku suka ikut rentak orang, buat apa yang orang buat. Bukan nak fikir sendiri, bodoh betul. Haha.

Sampai TGB macam itu juga. 1st SEM aku rasa memang aku macam di BP dulu. Tapi, mula SEM 2, aku rasa macam vulnerable. Sebab masa itu macam-macam benda tengah jadi dalam hidup aku. As I say it, aku punya mid-life crisis. Haha. Then, aku mula berkawan dengan ramai orang. Dekat TGB, aku boleh kata aku bergaul dengan ramai orang, tak meletak dengan muka yang sama. Jadi, aku dapatlah belajar perangai orang yang macam-macam. Bila F5, aku tak tahu kenapa, maybe sebab aku dah sedar yang itu tahun terakhir aku di alam sekolah, aku mula open up. Aku mula rasa selesa untuk berkongsi. Haha. Masa F5, memang macam-macam yang aku lalui. Aku rasa itu tahun paling dramatic dalam hidup aku setakat ini. In the end, aku rasa macam aku dah kenal diri aku sendiri, kelemahan dan juga kekuatan. Haha.

Aku rasa waktu aku F5 memang banyak kenangan, aku dapat kawan aku yang aku sumpah aku boleh percaya 150%; Faiq. Aku dapat 4.00 for the first time. Aku dapat masuk balik alam debat and public speaking. Aku lebih berani untuk luahkan apa yang aku rasa betul (Teringat masa aku 'fight' dengan U.Hambali dekat surau). Haha. Macam-macam, hubungan aku dengan keluarga yang selama ini agak renggang pun aku cuba eratkan balik. Aku rasa waktu F5, aku dah berjaya. Berjaya kenal diri aku sendiri. Aku rasa in such a way yang aku dah finally tahu apa itu hidup, rasa macam dah dewasa.

Secara tak langsung, aku rasa yang korang semua yang membantu aku kenal diri aku sendiri. Thanks! Haha. Aku rasa itu sahaja setakat ini, tak ada lagi yang aku nak cakap rasanya. Hurm, alang-alang itu, aku ada nak bagi nasihat sikit. Ini based on apa yang aku rasa lepas dah 18 tahun hidup. Sebelum kita nak capai apa-apa matlamat, kita kena cuba untuk kenali diri kita sendiri. Lagi satu, jangan sesekali kita compare kegagalan kita dengan kejayaan orang lain, janganlah rasa diri kita bodoh, semua orang ada cara tersendiri, kejayaan tersendiri. Tak semua orang sama, lain orang lain capability :)

Haha. Panjang gila pulak aku tulis. Dahlah, nak pergi study Chem, nak naik dari C ke A punya pasal. Okie dokie. Bye!

P/S: Aku ada plan nak buat reunion ke-2. Maybe dalam bulan 7 or 8. Area KL sahaja, tak adalah nak jauh-jauh. Harap-harap jadilah plan itu, rindu nak jumpa kawan-kawan lama. Haha.

No comments:

Post a Comment