Sunday, February 28, 2010

Kata-kataku Untuk Seorang Teman


23 Ogos 2008
'Salam. Weyh, ko pe cte cuti? Sihat?'

_________________________________________________________

Itulah pertama kali kau mendekati aku secara bersendirian. Selama ini kita cuma berbual atau berkata-kata ketika di dalam ruang darjah. Aku tersilap orang pada awalnya kerana memikirkan bahawa kau adalah Faiq PUM. Kita berborak dengan biasa kerana aku agak sibuk pada hari itu; menguruskan majlis ulangtahun kelahiran kakakku. Namun, aku dapat merasakan suatu kelainan pada hari itu kerana tidak pernah pula kau menghubungi aku sebelum itu.

Sepanjang 2 tahun menjadi sahabat; aku telah ketahui bahawa kau adalah orang yang boleh aku harapkan pada saat-saat sukar dalam hidupku. Tak kira bila masanya, kau tetap membantu aku ketika aku dalam kesusahan. Kita menjadi teman baik; sehingga ke tahap ada yang mengadakan spekulasi bahawa kita 'homo'. Haha.

Aku ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya.
Aku juga ingin sampaikan sedikit pesanan;

Faiq, percayalah dengan diri kamu itu sendiri.
Aku yakin bahawa satu hari nanti engkau akan memahami apa makudnya.
Usah rasa malu jikalau cita-cita itu kita tidak mampu kecapi.
Mungkin kau mempersoalkan adakah keputusan peperiksaan kamu itu mampu menjadikan cita-citamu itu satu realiti, pada aku, jikalau kau teruskan usaha dan doa, InsyaALLAH.
Tiada yang mustahil dalam dunia ini.
Ya, mungkin ia akan menjadi faktor, namun jangan kamu fikirkan bahawa ia satu-satunya tiang yang menyokong cita-citamu itu.
Aku yakin dan percaya suatu hari nanti akan tiba masanya aku akan memanggil kamu dengan
gelaran yang tersendiri;
DR. MUHAMMAD AMIRUL FAIQ BIN ABD. RAHMAN.
Mungkin kau takut dan gentar akan hari yang kau mendapat keputusan SPM.
Sabar.
Aku doakan yang terbaik untuk kamu.
Ingun juga aku katakan disini bahawa aku YAKIN, yang engkau akan mencapainya suatu hari nanti. Percayalah.
Percaya pada dirimu itu temanku.
Mungkin tidak pernah aku ucapkan secara lisan;
Aku yakin tidak ada yang lebih layak menyandang gelaran 'Doktor' itu, melainkan kamu.
Cuma, yang aku harapkan adalah;
Tidak kira apa yang bakal berlaku 1, 2, 10 tahun dari sekarang,
Janganlah mengundurkan diri dari sesiapa.
Tidak ada malu sekiranya kita tidak berjaya seperti orang lain.
Yang penting adalah kejayaan individu.
Kita hanya layak membandingkan diri dengan diri kita sendiri.
Tidak kira apa, kita telah berjaya apabila kita menjadi diri kita yang terbaik.
Ingat;
DIRI KITA YANG TERBAIK.
Itu sahaja buat sementara, harap agar kita dapat bertemu di hari penting yang bakal menjelma.

Ikhlas dari sahabatmu.

No comments:

Post a Comment