Salam,
Betul apa yang Faiq cakap, hari semakin berlalu dan kita semakin hampir ke hari penentuan.
Usaha dan doa yang kita buat selama ini InsyaALLAH akan terbalas. Tetapi, ingatlah bahawa Allah tu adil dan akan memberikan apa yang terbaik untuk kita.
Memang kita takut, cuak, nervous.
Tapi, tak kira apa yang tertulis kat transkrip; kita kena sabar.
Memang kita nak kejayaan, gembira.
Tapi, kalau transkrip tak seperti di jangka; tenang dan atur langkah seterusnya.
Memang kita nak ibu bapa bangga, tersenyum.
Tapi, kalau hanya sekadar menggembirakan di atas transkrip; tetap tak guna.
Mungkin pelik, jelik dengan apa yang aku tulis. Tapi ingat, saat sebenar penentuan hidup kita bukan waktu kita dapat sesuatu kejayaan tetapi macam mana kita akan teruskan kehidupan kita; adab kita, akhlak kita, iman kita.
Jadi, aku ingin sampaikan, kalau kita tersenyum dan gembira ketika mendapat transkrip, itu tak bermakna kita akan berjaya selamanya. Kalau kita menitiskan air mata kesedihan, tak bermaksud kita gagal selamanya.
Memang tak salah untuk mengharapkan yang terbaik; tetapi kita kena bersedia untuk menghadapi situasi yang terburuk juga. SPM memang antara penentu kehidupan. Tetapi, ia bukan satu-satunya jalan ke arah kejayaan.
aku.kau.kita.502.
-ishaq-
No comments:
Post a Comment