Wednesday, November 3, 2010

Motivation?

Tadi aku tengah bosan lalu aku Google ANSARA Jasin. Nampaklah nama-nama mereka dah berjaya dan berasal dari maktab kita sendiri. Kalau mereka boleh, mengapa tidak kita :)

Antaranya adalah;

Adam Selamat Musa, Managing Partner, Adam & Co
[Adam & Co adalah antara legal firm paling berjaya Malaysia]

Ahmad Ridzuan Wan Idrus, Director, Ernst & Young
[Ernst & Young adalah salah satu company Big 4, 4 syarikat paling besar dalam finance satu dunia]

Haniza Ros Nasaruddin, Senior General Manager, Group Business Development, KUB Malaysia Bhd
[Investment company yang ada tersenarai dalam Bursa Malaysia]

Kamarul Arrifin Ali, Managing Director, Gerak Utusan Engineering Sdn Bhd
(current President until May 31, 2012)
[Salah satu company hartanah dan investment yang agak berjaya]

Khairil Aznan Azizi, Partner, Andrew T.S. Goh & Khairil

Datuk Dr Mohd Asri Abd Ghapar, Orthopedic & Trauma Specialist,
[Prince Court, hospital private 2nd paling mahal di Malaysia]

Dr Mohd Fakri Zaky Jaafar, Senior Lecturer,
Architecture Department, Universiti Putra Malaysia

Mohd Hanizam Mohamed, Head, Network Fundamental Planning, Time dotCom Bhd

Muhamad Azli Said, Director,

Muhamad Fairuz Ismail, Assistant VP, Maybank

Muhammad Aziph Dato' Mustapha, COO, Yayasan Inovasi Malaysia

Mus-liliwati Mustaffa, Assistant VP, Khazanah Nasional

M. Idham Nawawi, COO, Packet One Networks
[P1, syarikat broadband yang baru tu]

Zalina Tan Sri Abdul Halim, Manager , Multimedia Development Corporation

{ Aku copy paste dari Wikipedia nama-nama ni X) }

Mesti tertanya-tanya apa motif aku letak nama-nama tersebut diatas. Well, aku cuma harapkan ini boleh dijadikan motivasi untuk kita. Tak mustahil kita punya nama pun boleh ada terpampang satu hari nanti - Dr. Imran Zainudin, Director of Prince Court? Mungkin, InsyaAllah. Yang paling penting, diri kita sendiri yang menghalang kita dari mencapai kejayaan sebegitu. 'Your biggest enemy is yourself', kalau kita boleh kawal diri kita, motivate diri kita, tiada apa yang mustahil.

Teringat apa Imran katakan dulu, "Kejayaan = D.U.I.T. ; Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal". Mungkin memang kita pernah jatuh, pernah tersungkur, pernah fail exam. Tapi, ingatlah, benda dah jadi, dah berlalu. It is now a 'was'. Future kita? Masih lagi dalam genggaman kita. As long kita niat yang betul, cuba dengan dengan cara yang betul, tak mustahil. Jangan ulang kesilapan yang sama and jangan sesekali kita biarkan masa depan kita dikaburi benda yang telah pun terjadi.

Allah SWT berfirman, ''Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."
(QS Ar-Ra`du [13]: 11).

Work hard, do your very best and have no regrets.
Regrets are only for those who did not learn anything from something.

Kepada budak Puncak Alam yang baru keluar result, congratulations no matter what and work harder for next semester. Result sem 1 itu kayu ukur untuk pencapaian sem 2. Kalau tak puas hati dengan result, usaha lebih pada semester 2. Kalau dah jatuh, takkan tak nak bangun? Kepada yang lain-lain yang belum exam lagi, all the best. InsyaAllah doa sesama kita tak akan dilupakan dan jangan lupa untuk doakan cikgu-cikgu juga.

P/S: Cikgu Farizan dah nak kahwin, aku lupa nak cakap. Dia ada bagitau masa aku pergi TGB waktu Raya dulu. Haha. Sorry. Ni link ke kad kahwin dia. Dia jemput datang. [Click HERE]. Aku plan macam nak pergi yang Disember, lepak rumah Malau. Tak pun hotel murah sudah, kalau ada niat nak join contactlah ya :)

OH! Sebelum aku terlupa, Payak ada buat video. [Click HERE] Thanks Payak! Terharu doo :)

No comments:

Post a Comment