Mungkin ramai akan katakan 'penantian' yang dimaksudkan itu dimaksudkan dengan keputusan SPM yang bakal diterima pada hari itu; Tidak sama sekali.
Penantian yang dimaksudkan adalah penantian untuk berjumpa dengan teman-teman seperjuangan terdahulu, ahli 502.
Ya, memang wujud perasaan takut dan gentar dalam diri ini, namun, aku akan redha dengan apa yang aku bakal tempuhi.
Keputusan mungkin baik, mungkin buruk;
Wujudnya kemungkinan.
Tetapi dengan teman dan rakan;
Tiada kemungkinan, teman tetap teman.
Setiap hari yang aku lalui disini membuatkan aku terkenang kepada hari-hari yang lalu di TGB.
Guru-guru, warden, rakan sekelas dan segala-galanya.
Kadang kala aku rasa sangat kecewa dengan diri sendiri; Ingin aku luahkan dengan terbuka seperti dahulu- Tetapi tiada yang dapat mendengar.
Percayalah kata-kata ini;
'Tidak mungkin anda akan dapat menjumpai teman yang sama'
Ya, aku kini bergelut kerana rasa agak janggal untuk berkawan.
Memang ada yang aku rapat; tetapi tiada yang sama seperti 502.
Saat aku melangkah pergi dari TGB aku terfikir,
'Lepas ni mesti buat lagi ramai kawan and
lupakan member-member lama kat TGB'
Ternyata tidak.
Salam buat sementara,
Hanya secorak bicara.
Jumpa nanti di TGB;
InsyaALLAH, semua dengan senyuman yang lebar dan tangisan kegembiraan.
ishaq

No comments:
Post a Comment