Monday, March 29, 2010

mula kembali...




hari demi hari selama 3 bulan ini memang mematangkan diriku....
mengingatkan diri jika terlupa...
berfikir jika terlalai..
memerhati dunia yang penuh ragam ini..
berdepan dengan cabaran hampir setiap ketika...
semakin banyak hari yang dilalui semakin banyak realiti yang terungkai..


hari ini Isnin, 30hb mac 2010, hampir 3 minggu sudah kita lalui sejak keputusan SPM diumumkan. segalanya sudah terungkai. segala persoalan sudah terjawab. penantian selama 3 bulan yang sama-sama kita harungi sudah berakhir. tangisan dan kegembiraan. kebanggaan atau kehampaan. kepuasan atau penyesalan. semuanya telah kita rasai. kini, tiba masanya untuk kita mula mencorak masa depan masing-masing. merancang perkara yang belum tentu. namun, inilah yang kita perlu lakukan. mengorak langkah menggapai impian.

kepada semua, kini sedikit sebanyak kita sudah mula dapat melihat realiti dunia. apa yang penting. tidak kira di mana kita berada. di mana kita berpijak. sentiasa ingat untuk berbuat yang terbaik. kadang kala tidak semua peluang hadir 2 kali dalam hidup ini. masa depan yang cerah tidak akan menunggu kita. kepada yang kurang berjaya atau berjaya, tidak ada suatu benda pun yang pasti dalam dunia ini. kita umpama hidup dalam ketidaktentuan..oleh itu, mari kita mula kembali dengan dunia, persekitaran, tempat belajar, cara hidup mahupun prinsip hidup yang baru.... selamat berjaya semua.. aku.atot.akufaiq.aku502.

No comments:

Post a Comment