Mungkin ramai yang dah mengetahui isu mengenai blog yang hangat diperkatakan di TGB dan juga isu orang lain yang menyamar menjadi Ustaz Azizul di laman Facebook. Aku ingin menyantuh sedikit mengenai 'Restu dan Berkat'. Sebelum itu, aku ingin memohon maaf jikalau nurkilan aku ini nampak seolah-olah riak atau takbur.
Isu mengenai keberkatan dalam menuntut ilmu ini aku rasa telah banyak kali ditimbulkan di maktab. Percaya atau tidak? Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak percaya dengan perkara sedemikian kerana hanya Allah yang berhak melakukan segalanya. Bagi aku, aku yakin dan percaya dalam keberkatan dalam menuntuy ilmu.
Mungkin ramai yang sedar akan kedudukan aku semasa di TGB. Bukanlah pelajar yang terbaik yang boleh menjadi contoh buat semua. Malah, jikalau dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain, keputusan aku boleh dianggap sebagai 'above average' tetapi bukanlah yang terbaik. Namun, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan aku percaya bahawa apa yang aku ada kini boleh dianggap sebagai berkat dalam menuntut ilmu dalam konteks menghormati guru.
Aku rasa ( rasa sahaja ) sepanjang aku belajar dalam hidup aku, aku tidak pernah menyinggung hati guru secara terbuka dan tidak meminta maaf selepas itu. Aku akui, memang aku juga ada mengutuk cikgu dan sebagainya tetapi, aku minta maaf dengan ikhlas dan jujur. Apa yang aku maksudkan dengan jujur adalah aku akan sebut satu-satu kesilapan aku dengannya, biar pun seteruk mana. Mungkin itu sebabnya aku berada di mana aku kini berada. Bukan hendak riak tetapi aku ingin mengingatkan dan aku harap intipati apa yang aku tulis ini akan disampaikan kepada orang lain.
Dalam 'entry' aku yang terdahulu aku ada menyebut;
"Mungkin pelik, jelik dengan apa yang aku tulis. Tapi ingat, saat sebenar penentuan hidup kita bukan waktu kita dapat sesuatu kejayaan tetapi macam mana kita akan teruskan kehidupan kita; adab kita, akhlak kita, iman kita."
Apa yang aku lupa untuk sebut sekali adalah hubungan kita sesama manusia. Disitulah akhlak kita akan dipamer. Kalau dengan cikgu dah boleh biadap, macam mana kita layan orang lain. Inilah masalahnya. Jadi, ingat-ingatlah kita siapa dan di mana kedudukan kita sebenarnya.
'Kita bekas pelajar TGB, sekolah yang penuh dengan pelajar yang bijak.
Tapi, kenapa ada yang berkelakuan seperti orang bodoh?'
Salam.
No comments:
Post a Comment