Thursday, August 19, 2010

Haish. Where to begin with?

Gambar waktu reunion. Haha. PALAM.

Where to begin with?

Hurm, ke-unite-an 502?

Hari tu aku baru je borak dengan Faiq pasal benda ni. Memang tak dapat nak dinafikan sekarang masing-masing ada haluan sendiri, dah makin busy dan lain-lain. Well, aku rasa when it comes to whether we're united or not, it is a very subjective issue. It depends on what you think.

Pada aku, selagi aku try nak gather orang untuk buat reunion and ada orang respond, aku dah cukup bersyukur. Aku tak nafikan, memang ada yang nak datang secara serius tapi last minute cancel sebab ada hal, memang ada yang nak datang tapi duduk jauh atau ada halangan tapi, yang buat aku terkilan adalah apabila ada yang tak bagi respond langsung and tak ada effort langsung untuk datang. Ada yang sampai dah pujuk and all, but still tak nak datang. Aku OK je, tak ada hal, sebab, ada yang memang betul-betul motivated nak datang and aku dah memang cukup bersyukur and berterima kasih kat diorang. In fact, aku boleh kata respect kat Azriq sebab sanggup travel all the way from Seremban just for a fairly simple event. Alah, kalau aku nak terasa pun tak ada gunanya, buat bazir emosi je. Haha.

Besides, aku rasa sekarang ni semua orang kena lebih understanding sikit, maybe bila A free B tengah busy, bila B free, A pula yang busy. Memang kena faham, kalau tak, buat rugi saja. Kenapa? Sebab, kalau kita semua betul-betul kawan sepertimana yang kita secara individu zahirkan, kita tak akan kisah sangat. Kita memang kena start terima hakikat bahawa semua orang dah ada hidup sendiri. Bukan nak cakap apa, but we have to face the fact that everyone else has their own lives to live. Kita tak boleh nak terus mengharapkan yang orang lain akan terus ada di sisi kita selalu. Orang tu pun ada life juga. Haha. Aku bukan nak cakap apa tapi, percaya atau tak, aku, Faiq and Azriq, memang SANGAT jarang contact each other but when we have the opportunity to get together and stuff, we'll definitely do it. Tahap untuk mengukur persahabatan itu pada aku lebih daripada berapa banyak SMS atau call yang kita ada antara kita dengan orang itu, it is how strong that relationship is, given that it has gone through a lot.

Tak semestinya blog ni kena kesemua 24 orang tulis baru boleh dikira berfungsi, pada aku, selagi ada yang menulis and nak berkongsi cerita, aku rasa puas sebab at least ada juga yang guna. Kalau nak ikut emosi, aku dah boleh je merajuk and disable blog ni sebab zaman awal-awal dulu sangatlah sikit orang yang menulis and all. Dahlah, kang tak memasal aku PMS kat sini. Haha.

Lagi satu, pada aku, apa itu 502 bergantung kepada diri kau sendiri. 'The mind will perceive want it wants'. Kalau dah selalu fikir/rasakan yang 502 itu hanya sekadar memori yang terhakis memang tak lama lagi akan terhakis sebab we keep on subconsciously reminding ourselves yang ianya adalh memori yang semakin terhakis.

Well, basically, apa yang aku nak simpulkan adalah;

1. Kita kena buka minda and lebih memahami. Masing-masing dah ada komitmen sendiri yang mungkin lagi penting and kita kena faham situasi diorang.

2. Tak semestinya kalau kita kawan baik dan rapat kena SMS/call selalu walaupun tak dinafikan ianya sangat membantu. Apa yang penting adalah apa yang kita rasa pasal orang itu.

3. Janganlah nak emosi sangat. Kalau nak merajuk or terasa hati tak ada untungnya, it is always better just to forgive. Silap dan salah itu memang norma homo sapiens.

4. It is always good to move on but it will also always be a waste not to look back at the good
old things.

5. You will be what you think. So, think positive.

No comments:

Post a Comment