Saturday, February 27, 2010

impian atau sekadar angan kosong...

"Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan sekadar impian belaka"

aku mulakan tulisanku ini dengan sepotong lirik. lagu 80-an yang sering mengimbau kenangan. suatu cara yang mampu mengingatkan kita jika kita terlupa. mengejutkan kita jika kita terlena dibuai mimpi yang tidak berkesudahan. mungkin celoteh ini amat menjengkelkan namun inilah ekspresi perasaan atas setiap yang telah aku lalui.



Setelah membaca tulisan Imran yang cukup panjang lebar, aku mula berfikir sejenak. inilah cita-cita yang aku idamkan. namun pada saat itu juga aku mula ragu-ragu bercampur malu. kerjaya dalam bidang perubatan merupakan impian yang telah aku pendam selama ini. namun aku mula risau terhadap pandangan orang terhadap aku terutama ibu bapaku. mampukah aku?. dan sekiranya hasrat ini tidak dapat aku penuhi. tentu ramai orang yang akan kecewa. dan tidak kurang juga yang melemparkan sindiran.
Malah aku pernah berkata bahawa aku tidak akan jumpa guru di sekolah lamaku sekiranya aku tidak mencapai cita-cita ini. tapi pencapaian aku mula meragukan aku. kerisauan sering menjalar dalam hidupku hari demi hari. kadang kala terasa rendah diri pula jika ingin berkata tentang kerjaya ini. cakap saja pandai. pencapaian taklah bagus mane pun. namun jika diizinkan, aku tetap akan berusaha. dan tidak membiarkan impian menjadi angan kosong.

aku.faiq.aku.502.



No comments:

Post a Comment