Wednesday, February 24, 2010

penantian sekadar penantian....


hati mana yang tidak gundah tatkala usaha yang telah dicurahkan belum menampakkan hasil. sama ada berjaya atau gagal. berbaloi atau membazir. gembira atau duka. kecewa atau bangga. semuanya akan kita hadapi tidak lama lagi. bukan niat untuk menakut-nakutkan sesiapa tetapi sekadar luahan atau lontaran akal yang lemah dan tidak berdaya ini.

mungkin juga penantian hampir 3 bulan ini mampu meretakkan dan seterusnya mencacatkan hubungan yang telah kita bina. walaupun tidaklah selama mana hubungan ini, namun kesannya cukup mendalam hingga mampu menusuk kalbu. diriku cuma berharap dan terus berharap hingga pada hari penentuannya. mungkin ramai yang sukar menerima kenyataannya nanti. tetapi mungkin ramai juga yang akan suka untuk menerima kenyataan itu. sijil pelajaran malaysia bakal membawa kita ke alam yang baru selepas ini berbekalkan keputusan pada transkrip itu nanti. cuma doa sahajalah senjata yang boleh kita harapkan dan gunakan sekarang. moga-moga segala penantian bukan sekadar penantian

aku.atot.aku.faiq.aku502.

No comments:

Post a Comment