Friday, October 15, 2010

Macam-Macam Lah...

Salam ukhuwah rakan-rakan, walau di mana anda berada. Sama ada di Asia, Afrika, Eropah, Oceania malahan hingga ke Antartika sekalipun. Semoga kita berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Dah lama rasanya aku tak tulis apa2 kat blog ni. Hmmm. Tapi aku tak pernah ketinggalan untuk baca semua post2 korang. Boleh kata setiap kali ada kesempatan, aku mesti baca post2 kat blog ni. Aku harap blog ni akan sentiasa jadi wadah atau medium untuk kita menyuarakan pendapat/perasaan/luahan/kritikan/pandangan kita terhadap sesuatu isu/masalah. Selain itu, korang boleh la jugak cerita perkembangan hidup baru korang dalam blog ni (kalau nak cite laa..).

Entah la setiap kali aku baca blog ni, aku rasa bangga. Aku pun tak tau kenapa. Rasa macam best gila. Especially bila ade post baru. Aku rasa jiwa aku mcm dekat ngan 502 08/09 kita. Sekarang ni aku agak busy la jugak, sebab last week, ada mcm ala-ala Minggu Bahasa. Kelas aku, M10A kena buat choral speaking performance. Best la jugak. Semua orang mcm gila. Teringat kat 502. Minggu ni pulak kitorang ada International Fair, group aku kena buat cultural performance and exibition skit pasal New Zealand. Hmmm. Mcm2 la KMB ni. Nevertheless, event2 ni best sebenarnya, kalo kita sendiri yang mahu rasa best.

So far, dah dekat 3 bulan setengah aku bermukim kat Kolej MARA Banting, mcm2 benda dah jadi. Suasana lebih kurang je dengan asrama. Siap ada spotcheck lagi masa Isnin lepas. Aku sikit lagi nak kena tangkap. Sebab JANGGUT aku tak kemas. Tapi sebab budi bicara geng cikgu2 disiplin ni, diorang lepaskan aku dengan amaran "lepas ni saya nak tengok awak kemaskan janggut awak, kalau tak cukur je semua". Tapi sampai sekarang aku still ingat lagi ayat yang tak bole blah dari salah seorang drpd geng cikgu2 disiplin tu. Dia ckp "saya tahu niat awak baik nak bela janggut, ikot sunnah nabi". Sungguh prihati betul cikgu tu.

Memang boleh dikatakan dalam kalangan kelas aku, kes aku lah yang paling pelik. Sebab orang lain semua disabitkan bersalah kerana memiliki rambut yang tidak mengikut spesifikasi kolej. Pada pemerhatian aku, janggut aku yang 'takde la panjang mane pun' ni sepatutnya tak menjadi apa2 masalah pun. Tapi apa bole buat, dah nasib aku hari tu. Terima je la. Apa yang aku boleh katakan sekarang ni, KMB sedang melalui fasa peguatkuasaan disipilin yang agak ketat. Semua gerak geri diperhatikan. 'Mereka' seolah-olah sedang membisikkan perkataan yang biasa diucapkan polis/detektif dalam filem Hollywood, iaitu "You can run, but you can't hide junior!!".

Tapi seperti biasa dan tidak pernah lari dari hukum alam, penguatkuasaan disipilin seperti ini menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang senang terutamanya daripada para pelajar. Memang sudah dapat diagak bahawa jiwa remaja yang sedang bergelora ini sering dahagakan kebebasan dan sering melaungkan bantahan walaupun secara senyap. Mereka merasakan episod zaman persekolahan yang penuh ranjau dan onak duri ini bakal berulang kembali dan dengan pantasnya meyebut "Mana bole macam ni.. Kita sekarang kolej, bukan sekolah lagi.. Baik diorang tukar je nama Kolej Mara Banting tu jadi Sekolah MARA Banting".. Hmm.. Begitulah kita.

Mungkin dulu sebahagian daripada kita boleh sahaja menerima penguatkuasaan disiplin seperti ini, tapi mengapa tidak sekarang. Adakah kita sudah terlalu tua untuk ditegur? 90 tahun?64 tahun? 40 tahun?. Atau mungkin jiwa kita yang sudah terlalu matang ini sudah bosan berada dalam tubuh yang muda ini. Fikir-fikirkan lah.. Ok. setakat ni jela aku membebel. Goodluck utk semua. Bye n salam..

akufaiq. aku502.

3 comments:

  1. Ngahaha, adakah kau bercadang nak menulis novel? Haha. Puitis sungguh bahasa. HAHAHA.

    ReplyDelete
  2. lawak la ko ni faiq, btol ckp ishak, bhsa ko puitis sungguh. urm,aku tak t'kjut lau ttibe ko tkr dr doc ke lcturer,huhahah!

    ReplyDelete
  3. Hahaha. BTW, kau punya janggut dah panjang macam Imran ke? Haha. Sampai kena suruh shave dah jadinya. Haha.

    ReplyDelete